fb fb fb fb fb

Banjir di Kelantan semakin pulih


JELI, 2 Januari - Keadaan banjir di Kelantan semakin pulih apabila hanya 3 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) masih aktif bagi menempatkan 255 penduduk terjejas banjir yang melibatkan 94 keluarga di jajahan Jeli dan Kuala Krai.

Menurut Info Bencana (JKM), Jeli menempatkan mangsa banjir tertinggi setakat ini iaitu melibatkan 179 penduduk walaupun hanya 1 PPS yang masih beroperasi di Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Balah.

Manakala, Kuala Krai merekodkan 76 penduduk terjejas banjir masih ditempatkan di 2 PPS iaitu Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Yuk Chai dan Sekolah Kebangsaan (SK) Biak A.

Sementara itu, menurut Laman Sesawang Public InfoBanjir, setakat pukul 12 tengah hari, 4 sungai di negeri itu melepasi paras amaran, antaranya Sungai Kelantan di Kuala Krai (24.48 meter); Sungai Kelantan di Kusial, Tanah Merah (14.81 meter), Sungai Golok di Rantau Panjang (8.84 meter) dan Sungai Rantau Panjang, Pasir Mas (8.87 meter).

3 sungai lagi berada diparas waspada iaitu Sungai Galas, Limau Kasturi Gua Musang (59.32 meter); Sungai Lebir Kampung Karangan, Kuala Krai (31.19 meter) dan Sungai Kelantan di Jeti Kastam di Kota Bharu (3.62 meter).

 

Media Baharu