fb fb fb fb fb

Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay bertukar ke Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman

JOHOR BAHRU, 2 Januari - Timbalan Ketua Polis Johor Datuk Khaw Kok Chin akan menerajui pucuk pimpinan Polis Kontinjen Johor selepas Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay akan melapor diri di Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman esok. 

Beliau akan mengetuai kontinjen selama dua minggu sebelum penyandang jawatan Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat mengambil alih.

Datuk Ayob menerajui Polis Kontinjen Johor selama setahun dan 10 bulan, bermula 24 Februari 2020 sehingga hari ini.

Beliau dikenali sebagai pemimpin yang menekankan aspek integriti, amanah, tegas, dan adil semasa menjalankan tugas, selain tidak berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dengan rasuah.

"Saya amat terhutang budi kepada semua Ketua Jabatan, OCPD, Ketua-ketua Farmasi, Tuan dan Puan atas kerjasama dan komitmen dalam membantu saya melaksanakan tugas yang telah diamanahkan. Tanpa sokongan semua, Polis Johor tidak akan mencapai kejayaan dan tidak mampu untuk mengekalkan kesejahteraan masyarakat Johor seperti yang kita kecapi hari ini" Kata Datuk Ayob di sini.

Antara pencapaian beliau di Kontinjen Johor ialah rampasan dadah berjumlah RM376.37 juta melibatkan 12.80 tan dadah dan sitaan harta bernilai RM30.23 juta sepanjang tahun lalu.

 

Media Baharu