fb fb fb fb fb

Penduduk terjejas banjir di Rompin berkurangan

ROMPIN, 29 Januari- Seramai 200 penduduk terjejas banjir daripada 63 keluarga ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah rompin setakat tengah hari ini.

Jumlah itu berkurangan berbanding 314 penduduk terjejas daripada 96 keluarga yang dicatatkan pada pukul 8.00 pagi tadi.

Daripada 200 orang penduduk terjejas tersebut, 171 penduduk ditempatkan di PPS Kampung Setajam, 27 orang di Balai Raya Kampung Denai dan dua penduduk berlindung di Balai Raya Kampung Jawa.

(Foto fail)

Menurut Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), PPS Balai Raya Rekoh yang sebelum ini menempatkan 122 penduduk ditutup sepenuhnya pagi tadi ekoran keadaan banjir yang pulih.

Media Baharu