fb fb fb fb fb

100 pek darah dikumpul dalam tempoh tujuh jam di Sungai Petani

SUNGAI PETANI, 29 Januari- 100 pek darah berjaya dikumpul dalam tempoh tujuh jam menerusi Program Derma Darah yang diadakan di sini semalam.

Program anjuran Hospital Sultan Abdul Halim dan Ketua UMNO Bahagian Sungai Petani, Datuk Shahanim Mohamad Yusoff itu dilaksana sebagai tanda prihatin terhadap keperluan bekalan darah negara yang semakin meningkat.

Menurut Datuk Shahanim, program berkenaan mendapat sambutan luar jangka termasuk daripada individu yang pertama kali menderma darah.

"Ramai yang tampil buat kali pertama untuk menderma darah dan 30 penderma terpaksa ditolak atas faktor tertentu.

Bekalan darah tersebut akan disalurkan kepada pihak berkaitan terutama Tabung Darah Hospital Sultan Abdul Halim," katanya di sini. 

(Datuk Shahanim hadir pada Program Derma Darah yang diadakan
di perkarangan lobi Hospital Sultan Abdul Halim di sini)

Beliau berharap usaha yang dilakukan itu dapat memberi manfaat kepada pesakit yang memerlukan bekalan darah.

Sementara itu, Pusat Darah Wilayah Utara kini sedang giat melaksanakan kempen menggalakkan masyarakat untuk menderma darah.

Orang ramai boleh melayari Facebook 'Derma Darah Kedah Perlis-DDKP' untuk mengetahui lokasi penganjuran program derma darah di kawasan masing-masing.

Media Baharu