fb fb fb fb fb

Penduduk terjejas banjir di Perak meningkat kepada 129

IPOH, 22 September- Jumlah penduduk terjejas banjir di Perak meningkat kepada 129 melibatkan 48 keluarga di tiga daerah setakat pukul 8.00 pagi tadi.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Perak, "dua lagi pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka pada pukul 9.00 malam pada Khamis."

PPS Sekolah Kebangsaan Sungai Jernih daerah Selama menempatkan 34 penduduk terjejas melibatkan 14 keluarga manakala PPS Balai Raya Kampung Klah daerah Batang Padang menempatkan 38 penduduk terjejas daripada 16 keluarga.

Di Taiping, PPS Dewan Orang Ramai Kampung Simpang Halt kekal dengan 57 penduduk terjejas banjir daripada 18 keluarga.

(Penduduk terjejas banjir ditempatkan di tiga PPS di Perak)

Media Baharu