fb fb fb fb fb

15 pemandu lori ditahan, 210 saman dikeluarkan

JOHOR BAHRU, 22 September- Polis Johor melalui Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kontinjen Johor (JSPT) menahan 15 pemandu lori dalam Ops Perdagangan di seluruh negeri itu.

Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, menerusi operasi itu polis menahan "13 pemandu lori disebabkan dadah manakala dua lagi berstatus orang dikehendaki."

Masing-masing berusia 22 hingga 48 tahun.

Sebanyak 210 keping saman trafik (Pol. 257) turut dikeluarkan hasil pemeriksaan ke atas 730 kenderaan perdagangan.

Turut dikesan sebuah kenderaan membawa lebih muatan.

Bagaimanapun Kamarul Zaman berkata "tiada pilih kasih dalam penguatkuasaan undang-undang. Isu keselamatan adalah isu yang sangat serius dan tiada kompromi.

"Penguatkuasaan yang tegas dan hukuman yang setimpal akan dikenakan kepada pesalah selain memberi impak positif untuk kesejahteraan semua," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(A) Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 379 A Kanun Keseksaan dan Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 198.

(Ops Perdagangan dilakukan di seluruh Johor)

Media Baharu