fb fb fb fb fb

Penduduk terjejas banjir di Perak kekal 27 penduduk

IPOH, 23 September- Jumlah penduduk terjejas banjir di Perak, kekal melibatkan 27 penduduk daripada lima buah keluarga setakat pukul 8.00 pagi tadi.

Hanya sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka iaitu di Sekolah Rendah Kebangsaan Changkat Lobak daerah Kerian menempatkan penduduk dari Kampung Matang Tengah.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Perak, PPS tersebut dibuka pada 5.00 petang pada Jumaat.

Bagaimanapun tiga PPS yang dibuka sebelum ini iaitu di Sekolah Kebangsaan Sungai Jernih, Selama; Balai Raya Kampung Klah, Sungkai serta Dewan Orang Ramai Kampung Simpang Halt, Taiping telah ditutup sepenuhnya semalam dan kesemua penduduk terjejas banjir dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Perak masih mengeluarkan amaran berjaga-jaga bagi paras Sungai Bidor di Changkat Jong yang mencatatkan bacaan 3.36 menghampiri paras bahaya.

(Penduduk di PPSĀ kekal 27 penduduk)

Media Baharu