fb fb fb fb fb

Enam lelaki terlibat kes samun ditahan Polis Perak

IPOH, 23 September- Polis Perak berjaya menahan enam lelaki disyaki terlibat kes samun kilang elektronik di Ipoh.

Penahanan suspek berusia 27 hingga 47 tahun itu dilakukan di beberapa lokasi sekitar Ipoh, Pulau Pinang dan Selangor.

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Yahaya Hassan berkata, "kejadian samun tersebut dilakukan pada 14 September lalu.

"Sekumpulan lelaki telah memecah masuk ke dalam kawasan kilang dan mengikat pengawal keselamatan sebelum melarikan  sejumlah bahan logam mampat dianggar bernilai RM180,000," katanya kepada pemberita di sini.

Polis kemudian melancarkan ‘Op Kargo Carsem’ dengan mengumpulkan maklumat dan risikan sehingga tertangkapnya keenam-enam suspek pada 21 dan 22 September lalu.

Kenderaan, pakaian dan telefon bimbit digunakan suspek semasa kejadian turut ditemui. 

Semakan lanjut mendapati lima daripada enam suspek memiliki rekod jenayah pelbagai kesalahan manakala seorang daripadanya didapati positif dadah jenis Morfin.

Kesemua suspek direman lima hari sehingga 26 September untuk siasatan lanjut.

(Enam lelaki terlibat kes samun ditahan Polis Perak)

Media Baharu