fb fb fb fb fb

Lebih 856 notis saman dikeluarkan dalam Ops Bersepadu

KUALA LUMPUR, 23 September- Operasi Penguatkuasa OPS Bersepadu bilangan 2 Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor telah mengeluarkan lebih 856 notis saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan di Plaza Tol Awan Besar (menghala ke Kuala Lumpur).

Menurut Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan Dan Operasi) JPJ Aedy Fadly Ramli, lebih 1,400 kenderaan diperiksa dan sebanyak 679 notis saman melibatkan 5 kesalahan utama dikeluarkan.

Antara saman dikeluarkan ialah 281 saman melibatkan lesen kenderaan moto (LKM) tamat tempoh, tiada lesen memandu (175), kesalahan teknikal (144) dan 13 kenderaan telah disita iaitu motosikal (10) manakala kereta (3).

"Tindakan oleh pihak JPJ ini utk kebaikan semua. Sekiranya kenderaan tidak mempunyai insurans atau cukai jalan ia akan membahayakan pemandu itu sendiri malah membahayakan pengguna jalan raya lain.

"Ia disebabkan apabila berlaku kemalangan ia akan melibatkan banyak pihak terlibat, contohnya untuk dapatkan tuntutan insurans dan sebagainya," katanya kepada pemberita di sini.

Operasi bermula pada pukul 8.30 malam itu berakhir pada pukul 12.00 tengah malam melibatkan Agensi Anti Dadah(AADK) dan juga Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Dalam perkembangan lain ketika mengulas berkenaan kemalangan membabitkan sebuah treler merempuh beberapa kenderaan di KM5.7 Jalan Persiaran Utara menghala Puchong pada 21 September lepas, JPJ akan melakukan siasatan selepas mendapat laporan kemalangan daripada pihak polis.

Aedy Fadly Ramli berkata selepas selesai membuat siasatan JPJ akan menyerahkan laporan itu kepada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) pada minggu hadapan.

"Ini adalah tugas-tugas pasukan penyiasat JPJ kerana kita akan siasat secara terperinci termasuk tempat lori itu mengambil barang-barang untuk dimasukkan ke dalam lori. Pasukan penyiasat kita sudah pergi ke kawasan lori itu bermula," katanya.

JPJ akan mengadakan Operasi Khas Kenderaan Perdagangan berkaitan membawa lebihan muatan bermula minggu depan di seluruh negara yang akan diketuai Pengarah JPJ negeri.

Operasi tersebut turut mendapat kerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

(Aedy Fadly Ramli)

Media Baharu