fb fb fb fb fb

Bawa dunia ke arah lebih baik- Anwar

(FOTO morganhilllife.com)

NEW YORK, 23 September - Semua negara di dunia perlu bertanggungjawab dalam mencorak dunia yang lebih baik untuk hari esok.

Perkara itu ditegaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap menyampaikan kenyataan negara di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-78 di New York pada Jumaat.

Jelasnya, Kerjasama berkenaan tidak mengira negara kuasa besar atau kecil, namun matlamatnya memastikan multilateralisme terus diperkukuh.

"Dunia dan masa depan kita terletak kepada apa yang kita bayangkan.

"Malaysia percaya kita boleh mencapainya melalui kepercayaan dan multilateralisme. PBB adalah sebuah kapal yang akan membawa dunia kepada masa depan yang lebih cerah, daripada ketidakpastian kepada keyakinan dan daripada kelemahan kepada daya tahan", kata Anwar.

Memberi contoh konsep pentadbirannya,Perdana Menteri menjelaskan, Malaysia MADANI diperkenal dengan nilai teras harmoni, ihsan, hormat, keyakinan, daya cipta, kesejahteran dan kemampanan.

"Awal tahun ini, saya memperkenalkan 'Malaysia MADANI'. Satu visi yang dibina di atas tonggak nilai teras. Kami percaya ia perlu dalam mewujudkan keharmonian, kemajuan dan masyarakat yang hidup dalam aman dan damai.

"MADANI merangkumi Ihsan, Hormat, Keyakinan, Daya Cipta, Kesejahteraan dan Kemampanan. Prinsip dan nilai moral ini juga terpakai dalam konteks hubungan Malaysia dengan negara lain", ujar Anwar lagi.


(Perdana Menteri, Anwar Ibrahim ketika menyampaikan Kenyataan Negara diĀ 
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-78 di New York)

Media Baharu