fb fb fb fb fb

Penduduk terjejas banjir di Perak kekal 210

Foto Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Perak

TAIPING, 4 Oktober - Jumlah penduduk terjejas banjir di Perak kekal 210 daripada 68 keluarga, setakat pukul 12.00 tengah hari tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri menerusi kenyataan memaklumkan, empat pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi di daerah Larut Matang dan Selama.

"114 penduduk daripada 37 keluarga masih berlindung di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Simpang.

"PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Matang Gelugor pula menempatkan 46 penduduk daripada 13 keluarga manakala 31 penduduk daripada 14 keluarga dipindahkan ke PPS Dewan Serbaguna Taman Kaya," menurut kenyataan itu.

Sementara itu, 19 penduduk daripada empat keluarga masih berlindung di PPS SK Matang.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI