fb fb fb fb fb

Penduduk terjejas banjir di Perak berkurangan

(FOTO APM)

IPOH, 10 Disember- Jumlah penduduk terjejas banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) terus mencatatkan pengurangan.

Setakat malam tadi, seramai 36 mangsa daripada tujuh keluarga ditempatkan di Dewan Sekolah Menengah Abdul Rahman Talib (SMART) Batu 4 dalam daerah Hilir Perak.

Mereka merupakan penduduk dari Kampung Batu 7 Lorong Mesra, Changkat Jong.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Bencana Negeri; satu lagi PPS  di Dewan Serbaguna Sungai Ara Batu Kurau dalam daerah Larut Matang dan Selama ditutup petang Jumaat.

PPS tersebut sebelum ini menempatkan seramai 46 mangsa daripada 13 keluarga.

Sementara itu, paras air Sungai Perak di Kuala Kenderong, Gerik melebihi paras bahaya dengan catatan 112.11 meter.


(FOTO APM)

Media Baharu