fb fb fb fb fb

Penduduk terjejas banjir di Pahang menurun, 65 berada di PPS

Foto fail/ BERNAMA

KUANTAN, 24 Disember - Jumlah penduduk terjejas banjir di Pahang berkurangan kepada 65 orang daripada 18 keluarga setakat pukul 10.00 pagi ini, berbanding 86 orang daripada 29 keluarga yang berada di lima PPS semalam.

Penduduk terjejas kini ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara (PPS).

Menurut aplikasi Infobencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), 14 penduduk daripada empat keluarga ditempatkan di PPS Dewan Orang Ramai Kampung Semangat, Kuantan.

Manakala 35 penduduk daripada enam keluarga masih berada di PPS Balai Raya Kampung Baru Pertanian, Maran.

Selain itu, 16 penduduk terjejas daripada lapan keluarga di Pekan berlindung di dua PPS iaitu Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah dan Sekolah Kebangsaan Pulau Manis.

ROSLINA BINTI DIN