fb fb fb fb fb

Penduduk terjejas banjir di Kedah berkurangan

Antara rumah penduduk yang terjejas dalam banjir di Pendang / Foto RTM

ALOR SETAR, 31 Oktober - Jumlah penduduk terjejas banjir di Kedah terus menunjukkan penurunan.

Setakat pukul 4:00 petang tadi, seramai 359 penduduk daripada 89 keluarga masih berlindung di tiga Pusat Permindahan Sementara (PPS) di daerah Pendang.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Kedah dalam kenyataan memaklumkan, mereka ditempatkan di PPS Dewan Rakan Sukan Tanah Merah, SK Ayer Puteh dan SK Tunku Intan Shafinaz.

Manakala PPS di daerah Kota Setar telah ditutup sepenuhnya. 

Hasil pemantauan di beberapa kawasan terjejas menunjukkan paras air meningkat, namun kekal pada tahap terkawal di kebanyakan tempat.

EMMI NORALIZA ADNAN