fb fb fb fb fb

Penduduk terjejas banjir di Johor terus meningkat

MERSING, 27 Januari - Banjir di negeri Johor masih merekodkan peningkatan penduduk terjejas.

Setakat pukul 10 malam tadi, daerah Mersing menjadi daerah tertinggi dengan 1,798 orang daripada 514 keluarga berada di 11 buah pusat pemindahan sementara (PPS).

Ia diikuti daerah Kluang dengan 1,175 orang daripada 320 keluarga di tujuh PPS.

Sementara itu di Kota Tinggi mencatatkan sejumlah 881 orang dengan sebuah lagi PPS baharu dibuka di Sekolah Agama Desa Mahkota.

(Foto fail)

Seramai 490 orang kekal ditempatkan di 11 PPS di daerah Segamat dan 336 orang ditempatkan di lima PPS di Batu Pahat.

Manakala Muar dan Pontian kekal dengan 121 orang dan 18 orang.

Empat sungai di Johor iaitu Sungai Muar-Gemas, Sungai Lenik Chaah, Sungai Kahang dan Sungai Endau turut mencatatkan paras bahaya.

Media Baharu