fb fb fb fb fb

Penduduk terjejas banjir di Johor meningkat

JOHOR, 29 Januari- Jumlah penduduk terjejas banjir di Johor meningkat kepada 2,697 orang pada pukul 12.00 tengah hari berbanding 2,511 yang direkodkan pada pukul 8.00 pagi tadi.

Ia melibatkan 747 keluarga yang ditempatkan di 33 pusat pemindahan sementara( PPS) di tujuh daerah.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri dalam kenyataannya berkata, tujuh daerah terlibat ialah Segamat, Mersing, Kota Tinggi, Kluang, Batu Pahat, Muar dan Tangkak.

(Foto fail)

Mersing kekal menjadi daerah paling ramai penduduk terjejas banjir yang ditempatkan di tujuh PPS iaitu 973 orang, diikuti Batu Pahat, 734 orang di tujuh PPS dan 423 penduduk lagi dipindahkan di tiga PPS di Kluang.

Media Baharu