BEAUFORT, 24 September- Jumlah penduduk terjejas banjir di daerah Beaufort menurun kepada 224 penduduk melibatkan 70 buah keluarga setakat pukul 8.00 malam tadi.
Mereka ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Selagon.
Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah, jumlah itu melibatkan 102 dewasa dan 122 kanak-kanak.
PPS Selagon dibuka sejak Jumaat lepas menempatkan penduduk terjejas banjir dari lima buah kampung di Beaufort iaitu Kampung Suasa, Bangkalalak, Berumbai, Bakalau dan Kampung Lago.
(Penduduk terjejas banjir di PPS daerah Beaufort)