fb fb fb fb fb

Menteri Luar melawat UK, 25 September ini

(Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir)

KUALA LUMPUR, 24 September- Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir akan mengadakan lawatan kerja ke United Kingdom dari 25 hingga 26 September 2023.

Kementerian Luar Negeri menerusi kenyataan berkata, beliau akan mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya Setiausaha Luar, Komanwel dan Hal Ehwal Pembangunan UK, James Cleverly.

"Kedua-dua pemimpin akan membincangkan kerjasama dua hala sedia ada serta bertukar-tukar pandangan mengenai isu serantau dan antarabangsa.

"Datuk Seri Dr. Zambry juga dijadualkan menghadiri Kolokium Timbang Tara Antarabangsa 2023: Kedaulatan dan Kekebalan Negara dalam Timbang Tara Komersial Edisi London pada 25 September 2023.

"Kolokium ini merupakan edisi ketiga dan terakhir yang dianjurkan selepas di Kota Kinabalu dan Kuala Lumpur,"menurut kenyataan itu.

Jelas kenyataan tersebut, lawatan berkenaan bakal mengukuhkan lagi hubungan dua hala seterusnya memberikan faedah kepada rakyat kedua-dua buah negara menerusi kerjasama yang sedia terjalin dalam pelbagai bidang.

Ini termasuk perdagangan dan pelaburan, pertahanan, kesihatan, pendidikan dan alam sekitar.


(Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir)

Media Baharu