
KOTA KINABALU, 14 Februari – Jumlah penduduk terjejas banjir di daerah Beaufort meningkat kepada 312 orang daripada 121 keluarga setakat 8 pagi ini, berbanding 304 orang daripada 130 keluarga petang semalam.
RINGKASAN BERITA AI
- Jumlah penduduk terjejas di Beaufort meningkat kepada 312 orang daripada 121 keluarga.
- Kesemua mangsa ditempatkan di Pusat Pemindahan Kekal Selagon.
- Lapan kampung dilaporkan terjejas sejak banjir melanda daerah pada Khamis.
- MetMalaysia ramal hujan pagi dan malam serta ribut petir petang di pedalaman Sabah.
Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam satu kenyataan memaklumkan, kesemuanya ditempatkan di Pusat Pemindahan Kekal Selagon.
Kenyataan itu menyebut lapan kampung terjejas sejak daerah itu dilanda banjir pada Khamis berikutan hujan berterusan.
Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia menjangkakan beberapa kawasan di pedalaman Sabah akan mengalami hujan sebelah pagi dan malam, manakala ribut petir pada petang.