fb fb fb fb fb

Penduduk Selangor di 'hotspot' banjir dinasihat berpindah jika diarahkan

Najwan Halimi

DENGKIL, 6 November- Penduduk Selangor di 'lokasi panas' dilanda banjir dinasihat supaya segera berpindah sekiranya air mulai naik di kediaman masing-masing.

Exco Pengurusan Bencana, Najwan Halimi berkata, penduduk juga digalakkan mematuhi arahan pihak berkuasa negeri bagi mengelak sebarang kecederaan berlaku sewaktu banjir.

"Sentiasa waspada keadaan persekitaran kita dan sekiranya dilanda banjir perlu patuh dengan arahan pasukan penguatkuasaan.

"Semalam, difahamkan ada yang tidak mahu berpindah dan tidak mahu ikut diselamatkan. (Jadi), kalau boleh dengar arahan itu supaya dapat minimumkan kecederaan, (sekali gus) mengelak kemalangan jiwa," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dengkil di sini.

Di PPS SMK Dengkil, seramai 221 penduduk melibatkan 65 keluarga ditempatkan di pusat berkenaan.

Sementara itu, seramai 569 penduduk daripada 150 keluarga ditempatkan di lapan PPS di Selangor, setakat pukul 4.00 petang tadi

Empat PPS dibuka di Sepang, Hulu Langat (2), manakala satu masing-masing di Hulu Selangor dan Gombak.

SITI AISHAH BINTI MD ISA