fb fb fb fb fb

Banjir: Keluarga terjejas di Selangor terima bantuan RM500

Menteri Besar Selangor, Dato Seri Amirudin Shari

BANGI, 6 November- Penduduk terjejas banjir di Selangor akan menerima bantuan kewangan RM500 setiap keluarga melalui Tabung Bencana Khas negeri Selangor.

Menurut Menteri Besar Selangor, Dato Seri Amirudin Shari, maklum balas pantas diberikan bagi membantu operasi menyelamat serta pemindahan mangsa banjir ke pusat pemindahan sementara (PPS).

"Namun isunya, saya sedang dapatkan laporan apakah langkah yang telah diambil untuk mengelakkan daripada banjir, Kampung Chemerai sebagai contoh antara kawasan yang memang lazim berdepan dengan isu banjir pada 2021, isunya ban yang pecah dan kali ini saya hendak tengok adakah ban itu pecah lagi sekali, walaupun kita telah mengubah kaedah pembinaan ban tersebut", katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Tekad Pendidikan Kita Selangor : Pengetahuan e-Baucar Buku Mahasiswa 2023 di Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM, Bangi.

ROSLINA BINTI DIN