fb fb fb fb fb

Pendigitalan data antara tumpuan KPN tahun hadapan

KOTA KINABALU, 21 September- Pendigitalan data antara perancangan besar Kementerian Perpaduan Negara (KPN) menjelang tahun hadapan.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang berkata proses digitalisasi ini juga sedang giat dilaksanakan jabatan dan agensi di bawah KPN, khususnya Arkib Negara Malaysia.  

"Program agak besar bagi kita adalah pendigitalan, digitise semua bahan-bahan kita ini dan kita telah memohon untuk mendapatkan dana yang agak besar untuk tahun 2024. Dan bukan sahaja untuk arkib, kita ada muzium, kita ada perpustakaan, semua dokumen ini perlu disimpan," kata Aaron kepada pemberita di Kota Kinabalu di sini.
 
Tambah Aaron, kaedah digitalisasi mampu mencapai kapasiti storan lebih besar selain, lebih selamat dan mempunya jangka hayat lama.


(Tambah Aaron, kaedah digitalisasi, mampu mencapai kapasiti storan lebih
besar selain, lebih selamat dan mempunya jangka hayat lama.)

Media Baharu