fb fb fb fb fb

Kolokium Timbang Tara Antarabangsa 2023, fokus isu syarikat litigasi gugat kedaulatan negara

LONDON, 21 September- Kolokium Timbang Tara Antarabangsa 2023 yang akan berlangsung di London Isnin ini, memberi tumpuan isu syarikat litigasi, yang boleh menggugat kedaulatan sesebuah negara daripada premis tuntutan bentuk perdagangan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, memaklumkannya, pada majlis pra-pelancaran kolokium itu, yang diadakan di Pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London semalam.


(Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi),
Datuk Seri Azalina Othman Said)

"Apa yang third party funders ini tidak faham bahawa dia hendak membuat perniagaan dalam bentuk tersebut, itu hak mereka, tetapi terhadap syarikat-syarikat lain bolehlah, bukan terhadap sesebuah negara.

"Jadi apa yang akan berlaku pada hari Isnin ini, kita akan membincangkan cara-cara nak, bukan mengurangkan, tapi memberhentikan pendekatan sedemikian supaya negara-negara lain bukan sahaja di negara Malaysia, tetapi negara jiran, ASEAN, semua negara-negara yang merdeka di luar sana, mesti berhati-hati, kalau silap langkah, kemungkinan sesebuah negara boleh dibankrapkan dengan tuntutan yang tidak berasas disebabkan oleh perintah timbang tara pada platform antarabangsa. Ini proses sah tetapi objektifnya tidak sah, sebagai contoh", katanya.

Untuk memahami apa yang berlaku, rakyat Malaysia disaran melayari laman sesawang kes Malaysia-Sulu.

Kumpulan yang mendakwa waris Kesultanan Sulu telah membuat tuntutan berjumlah AS$14.9 bilion terhadap Malaysia di beberapa mahkamah di luar negara.

Jun lalu, kemenangan memihak kepada Malaysia, diputuskan Mahkamah Rayuan Paris. Ini bermakna anugerah pampasan penuntut Sulu tidak boleh dikuatkuasakan terhadap Malaysia.

Media Baharu