fb fb fb fb fb

Pembiakan AI bakal tambah populasi Harimau Malaya

SUNGKAI, 21 September- Pembiakan secara artificial insemination (AI) atau permanian beradas antara kaedah yang akan digunakan dalam usaha meningkatkan populasi spesis terancam terutama Harimau Malaya.

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, kaedah AI tersebut merupakan progam ex-situ yang dilaksanakan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) di Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC) di sini, Perak.

"Jika haiwan tidak dapat membiak secara semulajadi, pihak PERHILITAN akan membantu dengan melaksanakan kaedah AI ini.

"Ia telah berjaya untuk beberapa spesis (terancam), tetapi bagi Harimau Malaya masih belum berjaya," katanya kepada media pada sesi Majlis Keberangkatan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ke pusat berkenaan di sini.

PERHILITAN melaporkan dari tempoh 2016 hingga 2020, populasi Harimau Malaya di kawasan berhutan dianggarkan sekitar 150 ekor sahaja.

(Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (kiri) bersama
Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah (tengah) 
dan Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota,
Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah (kanan) di Sungkai, Perak)

Media Baharu