fb fb fb fb fb

Pendaftaran PADU seluruh negeri mampu melepasi 50 peratus

Pelaksanaan kaunter fizikal PADU di Negeri Sembilan

SEREMBAN, 25 Mac - Lebih 320,000 penduduk di negeri ini telah mendaftar maklumat menerusi Sistem Pengkalan Data Utama (PADU) sejak dilancarkan pada 2 Januari lalu sehingga kini, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin, berkata ia sekali gus menyaksikan Negeri Sembilan mencatatkan pendaftaran tertinggi PADU berbanding negeri lain iaitu kira-kira 37 peratus.

"Berbaki tujuh hari lagi ini, saya menjangkakan pendaftaran PADU seluruh negeri mampu melepasi 50 peratus yang mana setakat ini seperti Perlis mencecah 40 peratus dan Negeri Sembilan 37 peratus.

“Berdasarkan cerapan seluruh negara, permintaan pembukaan kaunter lebih banyak lagi dan ini menunjukkan iltizam orang ramai untuk mengisi PADU ini semakin tinggi," katanya.

Beliau berkata demikian pada Lawatan Kerja Pemantauan PADU di Pusat Tranformasi Bandar (UTC) Ampangan.

Sementara itu, lebih 7.71 juta rakyat Malaysia membabitkan 35.1 peratus penduduk negara ini telah mengemas kini maklumat dalam sistem PADU setakat ini.

DOSM turut optimis jumlah pendaftaran bagi PADU akan meningkat malah jumlah pendaftaran di negeri-negeri akan melebihi 50 peratus menjelang tarikh akhir 31 Mac ini.

GRACE AISYAH KEDAYAN