fb fb fb fb fb

Pencemaran bau, semua LRA beroperasi semula - Air Selangor

(Foto BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 12 Februari- Loji Rawatan Air Rantau Panjang (LRA Rantau Panjang) serta Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1), Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 2 (LRA SSP2) dan Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 3 (LRA SSP3) telah beroperasi sepenuhnya berikutan henti tugas sementara disebabkan insiden pencemaran bau yang telah dikesan di muka sauk LRA Rantau Panjang.

Berikutan itu, bekalan air terawat yang bersih dan selamat sudah mula disalurkan secara berperingkat-peringkat kepada premis pengguna bermula pukul 6.30 pagi tadi.

Air Selangor memaklumkan, tempoh masa pemulihan bekalan air di kawasan yang terjejas adalah berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan bekalan air.

"Air Selangor terus giat menggerakkan lori tangki air ke kawasan yang terlibat bagi memberikan bantuan bekalan air kepada pengguna yang terjejas dengan keutamaan diberikan kepada premis kritikal seperti hospital dan klinik.

"Lapan wilayah Air Selangor mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual berikutan henti tugas LRA Rantau Panjang, LRA SPP1, LRA SSP2 dan LRA SSP3 ini," katanya menerusi kenyataan.


(Foto BERNAMA)

Media Baharu