fb fb fb fb fb

'Continuum' kompilasi puisi Raja Ahmad Aminullah

KUALA LUMPUR, 12 Februari- Isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail melancarkan buku puisi bertajuk 'Continuum'.

"Continuum" merupakan kompilasi puisi Raja Ahmad Aminullah yang juga dikenali sebagai Pak Engku.

Beliau merupakan penyair, penulis dan budayawan yang cukup terkenal di negara ini.

Puisi-puisi dalam penerbitan kali ini menyentuh keadaan semasa serta turut memberi inspirasi kepada ramai belia untuk meneruskan perjuangan ke arah yang lebih baik.

Bagi penerbit buku Kiridaren Jayakumar, karya puisi Pak Engku yang diterbitkan The Biblio Press ini menambah lagi karya puisi yang boleh dirujuk sebagai ilmu dalam bidang kesusasteraan.

Hadir sama pada majlis pelancaran ini ialah dua tokoh Sasterawan Negara, Prof. Emeritus Muhammad Salleh dan Datuk Seri Dr A Samad Said.


(Puisi-puisi dalam penerbitan kali ini menyentuh keadaan semasa serta turut memberi
inspirasi kepada ramai belia untuk meneruskan perjuangan ke arah
dunia yang lebih baik.)

Media Baharu