fb fb fb fb fb

ANGKASA dan RedONE Network bekerjasama lancar inisiatif RedCOOP dan Pelan Mukmin68

PAHANG, 12 Februari - Usaha membantu gerakan koperasi di Malaysia menambahkan pendapatan dipertingkatkan lagi apabila ANGKASA dan RedONE Network Sdn Bhd telah bekerjasama membangunkan Program RedCOOP yang memfokuskan kepada sektor teknologi dan komunikasi.

Menurut Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah, program RedCOOP merupakan inisiatif untuk melantik koperasi di bawah naungan ANGKASA bagi menjadi rakan niaga redONE.


(Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah (tengah) ketika hadir diĀ 
Genting International Convention Center (GICC) bersempena Majlis RedONE Star Nite 2023)

"Ini bertujuan untuk memupuk semangat keusahawanan dan membantu meningkatkan pendapatan anggota koperasi sekaligus membantu mereka memperoleh keuntungan jangka masa panjang.

Bagi tujuan tersebut, Pelan Mukmin68 telah dilancarkan semalam 11 Februari antara ANGKASA dan redONE di Genting International Convention Center (GICC) bersempena Majlis RedONE Star Nite 2023.

RedCOOP berfungsi sebagai pelatih untuk koperasi membuat jualan langsung dan koperasi dibenarkan melantik anggotanya sebagai penasihat jualan atau sales advisor.

Sebuah pelan yang dikenali sebagai redONE Postpaid Mukmin68 juga diperkenalkan bagi menarik minat anggota koperasi dan orang ramai.

Pakej RM68 sebulan ini (tidak termasuk Servis Perkhidmatan) menawarkan data 20GB 4G LTE berkelajuan tinggi + internet tanpa had 6Mbps, panggilan suara tanpa had ke semua rangkaian, rebat satu bulan yuran akses (percuma) kepada semua pelanggan, Khairat Premium yang bernilai sehingga RM12,500, telefon pintar 4G Vivo Y16 percuma bernilai RM599, pendaftaran percuma, tiada yuran pendaftaran dan pendahuluan bil dan kontrak hanya 24 bulan melalui Sistem Potongan Gaji ANGKASA (eSPGA).

Program RedCOOP ini dijangka bermula pada bulan Mac 2023.

Hadir sama pada majlis tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan RedONE, Encik Farid Yunus , Pengurus Besar Bahagian Pengurusan Kredit dan Kewangan, Encik Darulnizam Mat Darus.




Media Baharu