fb fb fb fb fb

Pencapaian 2024 usaha gigih, kerjasama seluruh masyarakat - Ahmad Zahid

Foto FB Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR, 1 Januari- Tahun 2025 bakal membuka peluang kepada negara untuk melakar kejayaan baharu, memacu perubahan positif, dan membawa kemajuan, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Menerusi perkongsian di Facebook, Ahmad Zahid menyatakan bahawa pencapaian sepanjang tahun lalu adalah hasil usaha gigih serta kerjasama erat daripada seluruh lapisan masyarakat

"Tahun 2025 juga adalah waktu untuk kita menggandakan usaha, memperkukuhkan azam dan memastikan kesejahteraan rakyat terus menjadi keutamaan.

"Saya mendoakan agar tahun baharu ini akan membawa lebih banyak kemakmuran, kebahagiaan dan keberkatan kepada seluruh rakyat Malaysia.

"Selamat menyambut Tahun Baharu 2025," kata Ahmad Zahid.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM