fb fb fb fb fb

Pencalonan ASA 2022 dibuka

(Zahidi Zainul Abidin)

KUALA LUMPUR, 1 Ogos- Pencalonan Anugerah Seri Angkasa 2022 (ASA 2022) dibuka bermula hari ini hingga 31 Ogos depan.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multemdia, Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata penganjuran ASA 2022 adalah pengiktirafan pihak kerajaan kepada pengamal penyiaran.

Ia khususnya kepada krew penerbitan dan siaran, penerbit, juruhebah, penyampai dan kru teknikal.

(Zahidi pada sidang media pencalonan ASA 2022 di Wisma Radio, Angkasapuri)

Sebanyak 72 kategori bakal dipertandingkan, termasuk 43 kategori televisyen, 22 kategori radio, satu anugerah khas juri dan satu tokoh ASA.

Lima kategori media baharu turut diperkenalkan.

"Buat julung kalinya ASA 2022 memperkenalkan lima kategori media baharu iaitu drama pendek menerusi youtube rasmi terbaik, sketsa pendek menerusi youtube rasmi terbaik.

"Selain video klip hiburan menerusi youtube rasmi terbaik, pesanan khidmat masyarakat menerusi youtube rasmi terbaik dan drama bersiri menerusi youtube rasmi terbaik," katanya.

Beliau menyatakan demikian pada sidang media pencalonan ASA 2022 di Wisma Radio, Angkasapuri, di sini.

Stesen penyiaran kerajaan dan swasta dijemput untuk mengemukakan pencalonan secara rasmi menerusi www.anugerahseriangkasa.gov.my

Media Baharu