fb fb fb fb fb

Penarafan MyGHI pacu usaha pengurangan gas rumah hijau di sektor lebuh raya

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi/ Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 20 Ogos – Selaras Dasar Teknologi Hijau Negara dan Pelan Strategik Pembangunan Mampan Malaysia 2013–2050, Kementerian Kerja Raya (KKR) menerusi Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) melaksanakan inisiatif penarafan Indeks Lebuhraya Hijau Malaysia (MyGHI) bagi menyokong agenda kelestarian negara.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menjelaskan, pelaksanaan penarafan MyGHI secara tidak langsung menyumbang kepada pengurangan intensiti pelepasan gas rumah hijau sebanyak 40 peratus berbanding paras tahun 2005,sejajar sasaran pengurangan berasaskan keluaran dalam negara kasar (KDNK).

"Bagi kitaran pertama pelaksanaan MyGHI (2016-2020), semua jajaran lebuhraya bertol telah mencapai 100 peratus sasaran bagi Penarafan MyGHI, melepasi kategori ’Certified’ manakala pada peringkat kitaran kedua iaitu bermula pada tahun 2021 sehingga tahun 2025, sasarannya adalah untuk mencapai 70 peratus daripada lebuh raya bertol mendapat penarafan ‘Silver’."

Beliau menggulung perbahasan RMK13 bagi Kementerian Kerja Raya, Mesyuarat kedua, penggal keempat, Parlimen ke-15 tahun 2025 2025) di Dewan Rakyat.

Menurut Alexander, inisiatif itu mencerminkan komitmen berterusan dalam memacu pembangunan infrastruktur lebuh raya yang bukan sahaja cekap dan moden.

Malah pada masa sama, mesra alam dan mampan selaras matlamat pembangunan hijau negara.

SAHZAN FAZLI BIN ZAINUDDIN