fb fb fb fb fb

Penambahan kapasiti Hospital Miri, beri manfaat kepada penduduk

Foto hiasan

MIRI, 1 Julai- Kementerian Kerja Raya (KKR) secara rasmi menyerahkan bangunan tambahan Hospital Miri bernilai RM289.2 juta kepada Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini.

Inisiatif berkenaan akan meningkatkan kapasiti serta keupayaan hospital itu supaya boleh menampung keperluan perubatan bagi penduduk di kawasan berkenaan dan utara Sarawak.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkat, projek tersebut siap lebih awal daripada tarikh yang ditetapkan dengan sijil perakuan siap kerja dikeluarkan pada 28 April lepas.

"Jadi projek ini 70 peratus adalah satu tahap yang diletakkan sebagai standard Sistem Binaan Berindustri (IBS).

"...ini yang digunakan dalam skop ataupun pembinaan projek ini," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Hospital Miri kepada KKM di sini.

Pada masa sama beliau meminta pihak Kontraktor untuk terus melaksanakan tanggungjawab dalam Tempoh Liabiliti Kecacatan (DLP) manakala Jabatan Kerja Raya (JKR) akan terus memantau proses-proses pasca penyerahan bangunan berkenaan.

Projek bangunan tambahan itu direka bentuk dengan kapasiti dan keupayaan 328 katil melibatkan pelbagai wad, 900 tempat letak kenderaan, 300 tempat letak motosikal dan kemudahan-kemudahan lain yang berkaitan.

Majlis itu turut dihadiri Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Lukanisman Awang Sauni.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI