fb fb fb fb fb

Melaka terima peruntukan RM34.09 juta, bangunkan industri agromakanan

Foto BERNAMA

TELOK MAS, 1 Julai- Melaka terima RM34.09 juta peruntukan daripada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) bagi tahun 2024 untuk agenda pembangunan industri agromakanan di Melaka.

Timbalan Menteri KPKM, Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, daripada jumlah itu, RM21.3 juta diperuntukkan untuk Program Mengoptimumkan Pengguna Tanah Ke Arah Keterjaminan Makanan Negara.

Katanya, daripada peruntukan yang sama juga, RM4.73 juta telah diberikan dalam bentuk geran kepada agropreneur muda di negeri Melaka.

"Kita telah berjumpa dengan para peladang, penternak dan nelayan dimana saya bagi pihak kementerian telah menyerahkan geran dan juga insentif khususnya kepada mereka di bawah Pertubuhan Peladang."

"Jumlah keseluruhan adalah sebanyak RM4.7 juta, diberikan dalam bentuk geran kepada agropreneur muda, bantuan jentera kecil dan sederhana, program penternakan dan sebagainya. Ia semua kepada arah untuk membangunkan kepada sektor pertanian dan meningkatkan keterjaminan makanan negara kita," kata Datuk Arthur kepada pemberita.

Beliau berkata demikian selepas Sesi Libat Urus bersama warga Peladang,Penternak dan Nelayan negeri Melaka di Telok Mas.

Tambahnya, peruntukan diberikan KPKM kepada negeri Melaka sentiasa meningkat setiap tahun, seiring dengan pembangunan setiap subsektor pertanian dan perikanan.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM