PETALING JAYA, 12 Februari - Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) memaklumkan penamatan amaran hujan berterusan di 4 negeri berkuat kuasa hari ini.
Ketua Pengarah METMalaysia, Muhammad Helmi Abdullah menerusi satu kenyataan memaklumkan negeri terlibat adalah Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor.
"Keadaan cuaca di negeri Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh); Terengganu; Pahang (Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin); dan Johor (Mersing) dijangka bertambah baik.
"Amaran hujan berterusan yang dikeluarkan pada 1.00 tengah hari, 11 Februari 2022 untuk kawasan-kawasan berkenaan dengan ini ditamatkan," katanya.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi Jabatan, aplikasi mobil myCuaca dan laman media sosial rasmi Jabatan.
"Selain itu, talian hotline METMalaysia 1-300-22-1638 boleh dihubungi bagi sebarang pertanyaan lanjut," tambah kenyataan itu.