fb fb fb fb fb

Penahanan 3 lelaki warga asing, buka petunjuk selesai kes pecah rumah lain

SEREMBAN, 26 Jun - Polis menahan tiga lelaki berasal dari Amerika Selatan, kerana disyaki terbabit dalam sindiket kes pecah rumah.

Tangkapan dilakukan menerusi satu serbuan yang diadakan secara berasingan di kawasan Seremban dan Cheras dalam Op Pintu yang dijalankan pada 24 Jun lepas.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata dengan tangkapan iitu, pihak polis percaya akan dapat menyelesaikan lebih kurang 10 kes pecah rumah di sekitar kawasan Seremban dan Lembah Klang.

Siasatan awal mendapati suspek yang ditahan menyasarkan rumah di kawasan mewah dan elit. 

"Kesemua suspek telah ditahan secara berasingan dalam beberapa siri serbuan yang dijalankan di sekitar kawasan Seremban dan Cheras dalam 'OP Pintu' yang dilancarkan IPD Seremban. Pasukan serbuan telah berjaya menemui dan merampas pelbagai barangan kes yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes tersebut," kata Ahmad Dzaffir, di sini.

(Ahmad Dzaffir dalam sidang media khas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan)

Dalam serbuan itu, pihak polis turut berjaya menemui dan merampas pelbagai barang kes termasuk wang tunai pelbagai mata wang dengan anggaran jumlah RM3.000 nilai tukaran, 12 utas jam tangan, barang kemas, beg berjenama serta kerata perodua bezza warna biru yang dipercayai berkaitan dengan kes tersebut. 

Kes disiasat bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan boleh membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun atau denda atau kedua-duanya jika disabit kesalahan.

Dalam pada itu, polis meminta bantuan orang ramai melaporkan sebarang aktiviti yang mencurigakan bagi membasmi kumpulan pecah rumah.

Media Baharu