fb fb fb fb fb

Tubuh petugas khas atasi masalah lambakan calon ujian memandu - Anthony

(Menteri Pengangkutan, Anthony Loke)

PUTRAJAYA, 26 Jun- Pasukan petugas khas akan ditubuhkan bagi mengatasi masalah lambakan calon ujian memandu.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata pasukan berkenaan akan dianggotai wakil kementerian dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), bagi melihat perkara terbabit dengan lebih serius.

"Jadi saya telah meminta pihak bahagian darat bawah Kementerian Pengangkutan untuk melihat apa cara yang boleh kita percepatkan proses, mungkin ada yang boleh dipermudah cara.

"Supaya mereka dapat mengambil ujian dengan lebih cepat sebab sekarang barisan untuk mengambil ujian itu kadang-kala mengambil masa berbulan untuk mendapatkan slot ujian," katanya.

(Anthony Loke (dua dari kanan) pada Majlis Perasmian Mesyuarat Agung
Persatuan Pengusaha Pusat Latihan Memandu Malaysia di Putrajaya hari ini)

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Persatuan Pengusaha Pusat Latihan Memandu Malaysia, di sini hari ini.

Anthony turut menyatakan sejak tahun lalu dan sewaktu pandemik COVID-19, terdapat banyak permohonan untuk mendapatkan lesen memandu masih tertangguh.

Dianggarkan kira-kira 600,000 calon setiap tahun mendaftar ujian memandu bagi mendapatkan lesen motor kelas B2 dan D.

Media Baharu