fb fb fb fb fb

Bekas Ahli Parlimen Labuan bebas tuduhan guna kedudukan dapatkan kontrak

(FOTO BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 26 Jun-Bekas Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan menggunakan kedudukan bagi mendapatkan kontrak pekerjaan untuk Syarikat Labuan Liberty Port Management Sdn Bhd (LLPM), lima tahun lalu.

Hakim membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal menimbulkan kes prima facie terhadap Datuk Rozman. 

Datuk Rozman didakwa menggunakan kedudukan untuk mendapatkan suapan berupa kontrak pekerjaan sebagai operator Dermaga Merdeka Pelabuhan Labuan.

Mahkamah juga memutuskan tiada keterangan menunjukkan bekas Ahli Parlimen Labuan itu membuat keputusan atau mengambil sebarang tindakan untuk memastikan hanya syarikat LLPM yang akan dilantik.

Hakim, Rozina Ayob berkata mahkamah mendapati keputusan mesyuarat LPL pada 4 Jan dan 21 Mac 2018 telah dibuat secara kolektif.

Pihak pendakwaan juga gagal membuktikan asas bahawa tertuduh telah membuat dan meminta untuk mengambil apa-apa tindakan terhadap syarikat LLPM sebagai operator.


(FOTO BERNAMA)

Media Baharu