fb fb fb fb fb

Letupan bom lempar: Badan siasatan khas ditubuhkan siasat insiden

(FOTO www.facebook.com/KementerianPertahanan)

SEREMBAN, 26 Jun-Satu badan siasatan khas akan ditubuhkan bagi menyiasat insiden letupan bom lempar ketika sesi latihan di Kem Syed Sirajuddin, Gemas pada Ahad lalu.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata panel siasatan bakal dilantik daripada pakar dalam bidang letupan.

Menurut Mohamad Hassan lagi, siasatan akan dilakukan secepat mungkin dan hasil siasatan akan dimaklumkan kepada keluarga mangsa terlibat.

"Siasatan akan dilakukan dengan pemilihan panel penyiasat terlatih terutamanya dalam dalam bidang letupan.

"Panel perlulah mereka yang pakar dalam pengendalian bahan letupan bagi memudahkan kita mencari punca kepada insiden", katanya ketika ditemui media selepas selesai upacara pengebumian Allahyarham Laskar Udara I Mohd Iqmal Masdi di Tanah perkuburan Kampung Rawa, Lenggeng.

Dalam pada itu, jenazah Allahyarham Laskar Udara I Mohd Iqmal Masdi, 22 tahun, yang maut akibat insiden itu selamat dikebumikan kira kira pukul 6.30 petang.

Lebih  kurang 500 anggota dan pegawai Tenteran Udara Diraja Malaysia (TUDM) dari kem berdekatan termasuk dari Kementerian Pertahanan di ibu negara berada di tanah perkuburan itu bagi memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham.


(FOTO www.facebook.com/KementerianPertahanan)

Media Baharu