KUALA LUMPUR, 28 November - Kementerian Kewangan (MoF) menafikan kesahihan informasi berhubung empat bantuan kerajaan iaitu Pengeluaran Khas KWSP Secara Bersasar, Bantuan Sara Hidup (BSH), Bantuan Satu Keluarga RM900 dan Program Bantuan Makanan MyKasih seperti yang tular di media sosial,
MoF menasihatkan orang ramai mendapatkan maklumat yang tepat melalui pengumuman dan sumber rasmi sahaja, kata Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) menerusi kenyataanya.
Orang ramai turut disaran supaya tidak mudah terpedaya dan terpengaruh dengan kenyataan dan portal yang tidak diketahui kesahihannya, sebaliknya sentiasa merujuk laman sesawang atau media sosial rasmi kementerian/jabatan/agensi untuk mendapatkan maklumat yang sahih.
(FOTO HIASAN)