fb fb fb fb fb

Pemuda putus tangan terima bantuan

GURUN, 6 April - Seorang pekerja kilang, Muhammad Faiz Aiman Hasli, 22 tahun menempuh detik hitam dalam hidup apabila separuh tangan kanannya terputus akibat terkena mesin.

Kejadian menyayat hati itu berlaku di sebuah kilang pengeluar komponen plastik dan logam di Kampung Kilang Ketapan, Gurun pada 21 Februari lalu.

Muhammad Faiz Aiman baru sahaja dua minggu bekerja di kilang terbabit yang terletak kira-kira 500 meter dari rumah keluarganya.

Difahamkan, ketika kejadian pada pukul 8.45 pagi, Muhammad Faiz Aiman yang bertugas sebagai operator pengeluaran diminta untuk menjaga sementara sebuah mesin ekoran kekurangan pekerja sebelum kemalangan berlaku.

Penderitaan yang dialami pemuda itu mendapat perhatian Ahli Parlimen Jerai, Sabri Azit. Beliau menghulurkan sumbangan barangan keperluan dan wang tunai kepada Muhammad Faiz Aiman yang merupakan anak sulung daripada tiga beradik itu.

Sabri berharap Muhammad Faiz Aiman tabah menghadapi ujian yang menimpa dan berharap semangat beliau terus kuat untuk menempuh hari-hari mendatang.


(Ahli Parlimen Jerai, Sabri Azit melawat Muhammad Faiz Aiman)

Media Baharu