fb fb fb fb fb

Pemuda lemas ketika memancing di bekas lombong emas

FOTO PDRM

LIPIS, 16 Jun- Seorang pemuda ditemukan lemas di kawasan bekas lombong emas di Jalan Sungai Tabah, Kampung Merapoh di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah, Penguasa Polis Ismail Man berkata, mangsa, Muhammad Adam Harris Mohd Azman, 18, bersama seorang sepupunya, 13, dilapor ke kawasan itu untuk memancing pada pukul 7.00 malam semalam.

Mangsa dikatakan bertindak turun ke lombong terbabit dan berenang pada jarak kira-kira 12 meter selepas mendapati mata jorannya tersangkut.

Bagaimanapun, dia kelihatan tidak berdaya ketika mahu berpatah balik ke kawasan darat sebelum lemas dan tenggelam ke dalam air.

Pencarian melibatkan pasukan polis, bomba serta penduduk kampung kemudian menemukan mangsa pada pukul 2.50 pagi tadi.

SITI AISHAH MD ISA