fb fb fb fb fb

Pemuda berusia 31 tahun dikhuatiri lemas

Foto JBPM Kedah

KULIM, 13 Oktober- Seorang pemuda berusia 31 tahun dikhuatiri lemas ketika mandi kawasan perkelahan Sedim, di sini petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kulim High Tech Park Penolong Kanan Penguasa Bomba Azmir Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 5.41 petang tadi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) kemudian kemudian mengarahkan jentera Fire Rescue Tender (FRT) (K1-23) ke lokasi kejadian.

Sebaik tiba di lokasi, pegawai operasi memaklumkan terdapat lelaki dipercayai lemas semasa mandi di kawasan berkenaan.

"Pasukan Keluaran Operasi (PKO) melakukan pemeriksaan di sekeliling kawasan air terjun dan pencarian di lokasi dengan menggunakan tali bantuan tambahan.

"...serta Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dikerah ke lokasi kejadian," katanya.

Mangsa bersama-sama rakan-rakannya dari Pulau Pinang ke lokasi kejadian untuk beriadah.

"Cuaca baik ketika kejadian, cuma air agak deras sebab hujan di hulu sebelum," katanya lagi.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI