fb fb fb fb fb

Pemimpin Thailand, Kemboja dijadual adakan pertemuan di Kuala Lumpur esok

Foto fail

KUALA LUMPUR, 28 Julai - Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet dan Pemangku Perdana Menteri Thailand, Phumtham Wechayachai dijadual tiba di Malaysia esok bagi membincangkan isu konflik sempadan yang semakin memuncak antara kedua-dua negara.

Memetik sumber media tempatan, jurucakap Kementerian Luar Thailand, Nikorndej Balankura memaklumkan, satu pertemuan rasmi antara kedua-dua pemimpin akan diadakan di Kuala Lumpur pada Isnin.

Mesyuarat tersebut bertujuan meredakan ketegangan serta mencari penyelesaian damai terhadap isu berkenaan.

Setakat ini, butiran lanjut pertemuan masih belum didedahkan, namun ia dijangka melibatkan perbincangan tertutup antara kedua-dua delegasi.

Malaysia sebagai tuan rumah bertindak sebagai fasilitator bagi perbincangan dua hala itu.

Terdahulu media melaporkan, Thailand dan Kemboja menyatakan kesediaan untuk memulakan rundingan gencatan senjata susulan campur tangan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.

Ia berikutan konflik sempadan yang telah meragut lebih 30 nyawa dan memaksa lebih 130,000 penduduk berpindah.

FARIS IZZAT SHAHARUDIN