fb fb fb fb fb

Pemimpin kaum diseru tidak timbulkan provokasi - TPM

Ahmad Zahid Hamidi pada Majlis Santunan Kasih Deepavali di Bagan Datuk, Perak

BAGAN DATUK, 5 November- Pertelingkahan dalam kalangan masyarakat sejak kebelakangan ini dikhuatiri bakal menimbulkan permasalahan serta menjurus kepada pertelingkahan fizikal.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, semua pihak khususnya pemimpin politik dan kaum diseru supaya tidak menimbulkan ketegangan atau provokasi dalam masyarakat berbilang kaum serta agama di negara ini.

"Kita harap kesedaran ini ditimbulkan daripada sekarang, biarpun mempunyai Kementerian Perpaduan, kita jangan harapkan hanya kementerian ini sahaja yang menjalankan peranannya.

"Rakyat keseluruhannya mesti mempunyai kesedaran terutamanya pemimpin politik dan pemimpin kaum di negara ini," katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Santunan Kasih Deepavali di sini.

Ahmad Zahid berkata, langkah membendung masalah pertelingkahan itu perlu diambil bagi mengatasi perbezaan pendapat daripada terus berlaku.

SITI AISHAH BINTI MD ISA