fb fb fb fb fb

Kemenangan GPS di Jepak bukti rakyat Sarawak yakin terhadap Premier

Iskandar Turkee (tiga kanan), Abang Johari Tun Openg (tiga kiri) dan Amar Douglas Uggah Embas (kanan)

BINTULU, 5 November- Kemenangan Gabungan Parti Sarawak (GPS) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak membuktikan keyakinan rakyat Bumi Kenyalang terhadap kebijaksanaan serta kepimpinan Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg dalam merencana dasar dan pembangunan negeri itu.

Timbalan Premier, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, kemenangan dengan majoriti besar menerusi calon muka baharu, Iskandar Turkee menunjukkan GPS mampu diberi mandat bagi merancakkan pembangunan di Jepak.

Kemenangan tersebut juga jelas membuktikan keyakinan rakyat dan tanda penerimaan terhadap kepimpinan Premier dalam mengemudi Sarawak terutama Strategi Pembangunan PASCA COVID-19 2030.

Pada PRK itu, Iskandar memperoleh 9,638 undi dengan majoriti 8,784 undi, menewaskan dua pencabarnya, Stevenson Joseph Sumbang daripada Parti Bumi Kenyalang yang meraih 854 undi dan Chieng Lea Phing, 431 undi.

Jumlah majoriti itu adalah lebih dua kali ganda berbanding majoriti 4,243 undi yang diraih dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) lepas.

SITI AISHAH BINTI MD ISA