fb fb fb fb fb

Pemimpin muda perlu disemai dengan altruistik, sifat terbuka

PUTRAJAYA, 28 Oktober- Nilai altruistik dan sifat terbuka perlu disemai dan disuburkan dalam diri setiap pemimpin muda bagi memberikan perkhidmatan terbaik dan berkesan kepada Keluarga Malaysia.

Demikian menurut Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Katanya, nilai itu merujuk kepada sikap mengutamakan kebahagiaan dan kebajikan orang lain berbanding diri sendiri serta sifat terbuka merupakan satu corak komunikasi berkesan.

"Peranan pemimpin muda dalam memupuk nilai altruistik dan sifat terbuka juga dapat mewujudkan kestabilan serta kesejahteraan rakyat secara amnya," katanya pada ucaptama sempena Forum Eksekutif Muda Global 2022 (FEMG22)  anjuran Kementerian Belia dan Sukan (KBS), di sini.

Teks ucapan beliau dibacakan Ketua Setiausaha KBS, Datuk M. Jana Santhira.

Mohd Zuki turut mengingatkan pemimpin muda yang berkhidmat di luar negara adalah duta kerajaan dan diplomat yang menjadi cerminan kepada perkhidmatan awam di Malaysia.

(Datuk M. Jana Santhira)

Media Baharu