fb fb fb fb fb

195 Penduduk ditempatkan di 3 PPS Alor Gajah

ALOR GAJAH, 28 Oktober- Situasi banjir di daerah Alor Gajah, Melaka terus menunjukkan peningkatan.

Seramai 195 penduduk terjejas daripada 56 keluarga dipindahkan ke 3 pusat pemindahan sementara (PPS) sehingga 6.00 pagi.

Menurut portal bencana NADMA, jumlah itu meningkat berbanding 179 penduduk daripada 53 keluarga yang dilaporkan 8.00 malam tadi.

"PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Pengkalan menempatkan paling ramai penduduk terjejas iaitu 116 penduduk daripada 27 keluarga.

"PPS Balai Raya Kampung Gadek, bertambah kepada 43 individu daripada 21 keluarga," menurut portal bencana tersebut.

Manakala PPS Balai Raya Kampung Tanjung Rimau Luar kekal menempatkan 36 penduduk daripada 9 keluarga.

Media Baharu