KLANG, 19 April- Pemimpin dan rakyat perlu bekerjasama bagi menepis pelbagai persepsi negatif melanda negara terutama melibatkan isu rasuah.
Sekali gus mengangkat makna sebenar Malaysia Madani yang merangkumi seluruh peringkat kepimpinan hingga ke akar umbi.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata; setiap slogan yang digagaskan perlu memberi makna dan diamalkan demi merealisasikan hasrat tersebut.
"Syukur alhamdulilah negara kita cuba bawa perubahan. Tidak boleh kekal di tahap lama saya tak peduli orang guna slogan apa kerana ia takkan berikan makna sekiranya tidak ikhlas dan tekad untuk diamalkan.
"Untuk bawa perubahan ke arah kebaikan memerlukan tekad supaya kita boleh bawa perubahan ke araah kebaikan dan dapat angkat Malaysia Madani. Perubahan perlu dilakukan dari atas sampai ke bawah," katanya pada majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan kepada pelajar tahfiz dan anak yatim di Masjid Ahmadi, Kampung Rantai Panjang, Klang.
Anwar turut menyeru kepada umat Islam untuk terus membersihkan kerohanian diri serta menghayati isi kandungan Al-Quran sepanjang hari-hari terkahir Ramadan.
(Anwar Ibrahim)