fb fb fb fb fb

Pemimpin ASEAN ke Washington, runding isu tarif dalam Sidang Kemuncak Khas

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz/BERNAMA

KUALA LUMPUR, 11 April- Pemimpin ASEAN bersetuju untuk membincangkan isu tarif dalam sidang kemuncak khas Amerika Syarikat-ASEAN.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz mengesahkan semua pemimpin bersetuju untuk ke Washington bertemu Presiden AS, Donald Trump dalam sidang kemuncak berkenaan.

"Malaysia sebagai pengerusi ASEAN katanya, telah meminta menerusi Kementerian Luar untuk membincangkan isu tarif dalam sidang kemuncak berkenaan," kata kenyataan itu.

Ketika ini, sekretariat ASEAN sedang menunggu pihak AS untuk memberi maklum balas mengenai masa yang sesuai.

Tegasnya, ASEAN tidak percaya dengan sebarang tindakan tarif balas dan blok perdagangan Asia Tenggara ingin terus berhubung dengan Washington.

ASEAN dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan selepas mesyuarat khas Menteri Ekonomi (AEM), semalam menegaskan perkumpulan itu kekal komited untuk menjaga kepentingan ekonomi ASEAN serta mengekalkan hubungan perdagangan yang kukuh dan saling memberi manfaat dengan Washington.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM