fb fb fb fb fb

Persidangan berkaitan ASEAN dianjur dengan baik - PM

Foto FB Anwar Ibrahim

GOMBAK, 11 April- Dua mesyuarat terkini yang dianjurkan Malaysia atas kapasiti Pengerusi ASEAN, berjaya hasilkan pendekatan secara bersama dalam kalangan negara anggota.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ia termasuk dalam menghadapi isu tarif yang dikenakan Amerika Syarikat (AS).

"Saya hubungi semula Ketua-Ketua ASEAN untuk ada pendekatan bersama. Kemudian, semalam dengan Menteri-Menteri Kewangan ASEAN, semua hadir dan beri pandangan yang sama dan ini satu kemajuan yang baik.

Jadi, setakat kita menguruskan dua persidangan, Menteri Perdagangan berikutnya Menteri Kewangan, dengan gabenor-gabenor bank pusat negara, nampak penyusunan baik. Jadi, saya ucap terima kasih kepada semua yang terlibat dalam penganjuran itu," kata Anwar kepada pemberita, hari ini.

Beliau ditemui pemberita selepas solat Jumaat di Masjid As-Syakirin, Gombak.

Turut hadir, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Berhubung lawatan Negara Presiden China, Xi Jinping ke Malaysia minggu hadapan, Perdana Menteri berharap ia akan berlangsung lancar.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM